Random Thursday : 100817

 
Holla lamanya tak bebel kat sini.
 
Cici On Diet??
 

 
 
Okay lately ni I kurangkan nasi kononnya. Entah berjaya ke tidak. sebabnya bila breakfast and lunch tanpa nasi, dinner I akan amek jugak. Bila konon berjaya dinner tanpa nasi, nanti terjaga 3am I korek tudung saji jugak. so entah kat mana kegigihannya pun I taktahu -__-
 
Main reason is, bulan depan checkup (for DEPO) nanti kalau gaining weight doc tegur. so I nak maintain 53kg, kalau turun lagi bagus. 53kg ni berat I masa pregnant 6 bulan weh ahhaha.
 
Apa pun, food review invitation tetap ku terima dengan hati terbuka. KAHKAHKAH
 
Maira's first Thomas'Ride

Maira ni memang kena perap kat rumah sebab aduh leceh nya nak bawak dia. Dia jenis kalau dah cakap TAK NAK , maknanya taknak lah tu. kalau dia kata taknak jalan, maka sama sama lah cangkung dengan dia kat situ melainkan ada daya dukung dia lah

Badan dia padat okay. yelah dia tak seganas Lihin lagi. nampak je kecik tapi memang tak larat angkat.
 

Last minute plan, bangun pagi kebetulan dia pun dah celik siap mandi, kami heret je lah.

At first dia takut. Last last excited, macam Thomas katanya

Ingatkan nak ajak lunch Ikea macam dengan Lihin hari tu. Sekali turun MRT

Gegirl: Mommy, panas. taknak jalan
-__-

okay so kami patah balik ke station Ampang, amek bus ke Ampang Point for lunch. Keluar je Ampang Point ada bus ke rumah. yeayy!


 
 Lunch & Movie Date

So last Saturday after Food Review I had a very good sister-talk with this lil girl. I kan jarang benau keluar dengan GF so sesekali keluar kami dok borak lah non stop. Tu pun macam banyak je cerita tergantung. hahahah

Food Review: http://mommycici.blogspot.my/2017/08/dim-sum-murah-di-kuala-lumpur-kl.html

 
 Kami tengok Spider Man. Actually I baca ramai comment kata tak best blablabla childish. so for me okay je. banyak part kelakar and I memang focus lah.

Maybe yang comment tu memang follow dari awal and letak high expectation. but ala the Spiderman himself 14-15 years old (dalam movie ) so what do you expect? Just enjoy the movie. Worth my RM 10. HAHAHHA

Cici Is Pregnant?

haaha this past few day I've been craving for Nasi Impit. Donno why tapi pada I Nasi, Nasi Impit and Ketupat ada rasa yang berbeza. So this time I nak Nasi Impit so badly , kebetulan ada lagi belen Raya hari tu

I terbayangkan lontong, err lontong kan?Yang selalu orang buat breakfast tu? Tapi kat tempat I tak sedap langsung. kuah cair macam sup dah. so I suruh my mom masak Rendang. ohh yummeh

My mom first reaction

"kau mengandung ek? kau mengidam ke ni?"

I was like. err NO!!!

And my mom tegur my lemaks getting obvious kiri dan kanan -__- so dia memang syak I pregnant. OMG

kecur wehh

the next day buat Masak Lemak pulak

this time Nasi Goreng Cina with small portion.


Lepas tu I ada update status, emotional.  Suddenly one of my ex colleague wassap and tanya

"are your pregnant?"

ahh again. ni tambah emosi ni . -__-

I am not and I won't . Tidak dan takkan. Acececeh itu lah yang I cakap since before Lihin, before Maira and before Ash. but nevermind.

ahhh weekend is coming. Tomorrow Ash dah setahun. Ni start nak emosi balik suka duka ngandung dia ni. (maybe tu salah satu sebab Mak trauma) And Sabtu birthday my dad. Yang ke 70 okay. Allah. Tetiba rasa sedih hiba. I still tak dapat hadiahkan rumah besar ke apa ke. ajak staycation hotel boleh lah T_T

Okay so macam mana sorotan seminggu korang?

Toodles, xoxo


Comments

  1. alahai ringannye berat awak..hehe..salam ziarah ;)

    ReplyDelete
  2. Oit! I fokus kat makanan ajer tu ha. Nampak semuanya sangat lah lazat! Nampak tuh badan Maira agak mampat dan sado. Jenuh juga la kan kalau nak berdukung. Kang mommy kena amik MC pulak. HAHAH! Anyways, nak diet boleh ajer makan nasi. Tapi guna teknik kalori deficit. Kena tahu berapa badan masing2 perlukan kalori satu hari. Lepas tuh nanti, jangan makan over keperluan badan kita. Kalau nak mantain..makan betul2 ikut kalori yang diperlukan. Kalau nak turunkan berat badan...amik portion sket2 ajer. Janji total kalorinya kurang dari yang diperlukan. Harap jelas yer adik Cici yang manis. HAHAH!

    ReplyDelete
  3. alahai sodap eh tengok nasi goreng cina small portion tu. hehe. ringan betul berat time pregnant 6 bulan tu. jelesnyaa . haha

    ReplyDelete

Post a Comment